Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kenapa beriya sangat nak bercerai tu, ada lelaki lain ke?" - Syamsul Yusof

Kenapa beriya sangat nak bercerai tu, ada lelaki lain ke?" - Syamsul Yusof


Pelakon Puteri Sarah dijangka akan memfailkan penceraian di Mahkamah Syariah pada Isnin ini terhadap suaminya, Syamsul Yusof berikutan dengan krisis rumah tangga yang berlaku pada ketika ini.

Menurut laporan Kosmo, perkara tersebut disahkan sendiri oleh  peguam syarie, Datuk Akberdin Abdul Kader yang mewakili Puteri Sarah

Bukan itu sahaja, difahamkan permohonan cerai tersebut dilakukan pada hari ini namun, disebabkan Puteri Sarah mempunyai urusan yang tidak dapat dielakkan, perkara tersebut ditangguhkan pada Isnin ini

Bahkan, Akberdin turut mengesahkan Puteri Sarah akan hadir ke Mahkamah Syariah bagi pemfailan permohonan cerai tersebut

Terdahulu, Puteri Sarah telah membuat keputusan dengan meminta suaminya, Syamsul Yusof ‘melepaskan’ dirinya kerana tidak menjalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dan bapa untuk keluarga.

Malah, baru-baru ini Puteri Sarah memaklumkan suaminya itu telah nyahsekat dirinya di media sosial bagi membincangkan kemelut yang berlaku dalam keluarga mereka namun, dia tetap dengan pendirian untuk memfaikan penceraian terhadap suaminya itu.

Posting Komentar untuk "Kenapa beriya sangat nak bercerai tu, ada lelaki lain ke?" - Syamsul Yusof"