Jangan jadikan isteri musuh dan jangan musuh dijadikan isteri" - Ibu Syamsul Yusof
Jangan jadikan isteri musuh dan jangan musuh dijadikan isteri" - Ibu Syamsul Yusof
Menerusi perkongsian tersebut, Patimah berkata, suami tidak boleh jadikan isteri sebagai musuh dan sebaliknya musuh jangan dijadikan sebagai isteri.
“Jangan jadikan isteri musuh! Dan jangan musuh pula dijadikan isteri.
Penyondol terbukti bersalah merampas suami orang, jangan jadikan takdir sebagai alasan,” katanya.
Bagaimanapun perkongsian berkenaan tidak dinyatakan oleh Patimah kepada siapa ingin ditujukan.
Umum sedia maklum, pada 7 Mac ini anak dan menantunya iaitu Syamsul dan Puteri Sarah bakal hadir ke Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bagi sebutan kes permohonan cerai antara mereka.
Permohonan cerai tersebut difailkan mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Konflik rumah tangga pasangan itu mula diperkatakan sejak empat tahun lalu, tetapi Syamsul tidak pernah membuka mulut mengenainya.
Bagaimanapun, pada Januari lalu, Syamsul akhirnya mengaku sudah bernikah dengan orang ketiga yang didakwa menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama Sarah iaitu Ira Kazar.
Susulan pendedahan tersebut, topik mengenai kemelut rumah tangga Sarah dan Syamsul serta kehadiran Ira Kazar menjadi topik hangat dalam kalangan netizen.
Untuk info, Sarah dan Syamsul telah mendirikan rumah tangga pada 8 Mac 2014 dan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Syaikul Islam 5, dan Summayah 3.
Posting Komentar untuk "Jangan jadikan isteri musuh dan jangan musuh dijadikan isteri" - Ibu Syamsul Yusof"