Terima Msg dari Adik bradik lra dkwa Sarah guna duit Bapa mertua
Terima Msg dari Adik bradik lra dkwa Sarah guna duit Bapa mertua
Sebelum ini kami melaporkan yang pengarah, Datuk Yusof Haslam berasa kesal dengan tindakan anaknya, Syamsul Yusof yang berahsia selama 4 tahun sekaligus menyeksa hati seorang isteri.
Hal ini terjadi selepas Syamsul Yusof telah membuat satu pengakuan rasmi yang dia sudahpun bernikah Ira Kazar secara sah.
Terbaru! Menerusi satu perkongsian di IG Puteri Sarah, terdapat satu ‘screenshot’ yang menunjukkan mesej abang kepada Ira, Naem Kazar dengan seorang pengguna Instagram.
Kau ingat dia kaya ke? Kalau korang tengok, Naem seolah mengatakan yang Puteri Sarah tiada duit dan bongkar kepada individu itu bahawa Datuk Yusof telah membayar peguam untuk satu kes yang tidak diketahui.
Puteri Sarah menerusi IG Story itu dilihat binggung dan mungkin perkara yang disampaikan itu hanyalah rekaan semata.
Walau bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada ianya betul ataupun tidak. Semoga yang baik-baik saja untuk mereka.
Sbelum ini, pergolakan rumah tangga antara Puteri Sarah dengan Syamsul berlarutan sejak empat tahun lalu selain dia mengesahkan mereka tidak lagi tinggal sebumbung gara-gara gangguan orang ketiga.
Beberapa ciapan dari akaun Twitter milik kakak kepada isteri kedua pengarah Syamsul Yusof, Ira Kazar iaitu Yasmin Kaza didakwa menyindir Puteri Sarah dan keluarga Datuk Yusof Haslam.
Menerusi satu ciapan, kakak Ira itu didakwa mempersoalkan tindakan Puteri Sarah yang kerap memuatnaik hantaran di Instagram.
“Rosaklah perempuan perempuan yang suka ‘viral’ sana sini acah acah tersakiti dicurangi. Semua nak kongsi pada masyarakat lepas tu lalu di Timeline aku. Bodoh menyampah aku tengok. Engkau orang tak ada Tuhan ke?” ciapnya.
Selain itu, wanita itu turut menyifatkan tindakan Puteri Sarah adalah lucu.
“‘Kinda funny’ bila kau tak suka ‘fake account’ ganggu tapi tak sekat. ‘Kinda hilarious’ bila kau siap ‘pinned’ fitnah dari ‘fake account’. ‘You are damn funny, girl’. Oh and fake too,” tulisnya. Tindakan kakak Ira itu mula mendapat perhatian dan mula diperkatakan dalam kalangan warganet menerusi komen yang ditinggalkan di Instagram Puteri Sarah.
“Tengok IG akak dia Yasmin Kaza, ‘if not mistaken’ asyik nak menangkan adik dia ja. Pelik kalau aku jadi kakak, adik buat perangai memang takkan mengaku adik buang jauh-jauh terus,” komen seorang pengguna
Posting Komentar untuk "Terima Msg dari Adik bradik lra dkwa Sarah guna duit Bapa mertua"