Romantis juga syamsul ini, Rindu dan Masih memikirkan Sarah? Reaksi Sarah bila tahu perasaan suaminya
Romantis juga syamsul ini, Rindu dan Masih memikirkan Sarah? Reaksi Sarah bila tahu perasaan suaminya
Kemelut rumah tangga selebriti, Puteri Sarah Liyana tidak asing lagi buat warganet setelah suaminya, Syamsul Yusof membuat pengakuan sudah berkahwin lagi dengan anak pelakon senior Kazar Saisi iaitu Ira Kazar pada 3 Januari lalu.
Terasa diri seakan diri dipermainkan, Puteri Sarah telah hilang sabar dan tekad memfailkan penceraian terhadap suaminya, Syamsul Yusof dengan alasan tidak dapat hidup bersama lagi kerana tiada persefahaman antara mereka.
Katanya, cukuplah selama sembilan tahun hidup bersama sebagai pasangan suami isteri dan penetapan tarikh 7 Mac depan sebagai hari sebutan kes penceraian dilihat sangat signifikan iaitu sehari sebelum tarikh perkahwinan mereka.
Dia rindukan saya tak? Terbaharu, aktres berusia 38 tahun itu memuat naik hantaran di laman TikTok miliknya mengenai sebuah permainan berbentuk ‘tekaan’ sama ada si ‘dia’ rindu atau tidak.
“Adakah dia rindukan saya,”terpapar soalan berkenaan.
Menerusi hantaran tersebut, pelakon drama Andai Itu Takdirnya dilihat menghadiahkan senyuman sewaktu bermain permainan tersebut, namun ‘memek’ mukanya berubah sebaik sahaja membaca jawapan yang keluar. “Kadangkala dia rindu dan memikirkan kamu ketika keseorangan,”jawapnya.
Minta simpang, tak nak. Bukan setakat memberi aksi muka yang kurang menyenangkan, bahkan kapsyen ditulis oleh menantu kepada penerbit tersohor, Datuk Yusof Haslam itu juga menarik perhatian ramai.
Minta simpang tak nak,”tulisnya. Bila seorang saja teringat. Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet mengatakan filter TkTok seakan memahami perasaan Syamsul Yusof apabila keseorangan tanpa kehadiran ‘isteri kedua’.
Muka tu terus berubah ya. Selain itu, kebanyakan warganet turut terhibur dengan perubahan memek muka Puteri Sarah apabila jawapan tersebut muncul.
Nanti belah sana mer0yan pula. Mereka turut meminta agar Puteri Sarah berhati-hati sewaktu memuat naik hantaran sebagai ‘konten’ di media sosial kerana risau akan pihak madunya iaitu Ira Kazar sakit hati.
Posting Komentar untuk "Romantis juga syamsul ini, Rindu dan Masih memikirkan Sarah? Reaksi Sarah bila tahu perasaan suaminya"