Lompat ke konten Lompat ke sidebar Lompat ke footer

Kahwin dua, pergi bercuti boleh.. tapi bayar nafkah tak reti – Anak tiri Miera Leyana

Kahwin dua, pergi bercuti boleh.. tapi bayar nafkah tak reti – Anak tiri Miera Leyana


Rumah tangga pelakon, Miera Leyana tiba-tiba menjadi perbualan ramai apabila suaminya Rosland Othman gagal mencapai kata sepakat untuk berdamai dengan isteri pertama Adibah Abdul Mutalib.

Terbaru, seorang wanita dipercayai anak kepada Rosland tampil meluahkan kekecewaan berhubung kemelut yang melanda menerusi satu ciapan dimuat naik di laman Twitter.

Kahwin dua.. bercuti boleh, nafkah tak bayar

Menurut Izzah, dia mempersoalkan tindakan bapanya yang mampu bercuti ke luar negara tetapi didakwa tidak melaksanakan tanggungjawab untuk membayar nafkah anak-anak.

Izzah berkata, ibunya kini terpaksa melalui proses perundangan bagi menyelesaikan tuntutan nafkah dan hak anak-anak yang belum dilunaskan.

“Perkara ini sedang terjadi kepada ibu dan adik-adik saya. Bapa aku kahwin dua boleh, pergi bercuti ke Vienna Januari lepas (Disember) boleh tapi bayar nafkah tak reti.
“Saya sangat kecewa dengan situasi begini. Sekarang mak aku kena berebut nafkah di m4hkamah,” tulisnya pagi tadi.

Difahamkan, bapanya yang berusia 50 tahun itu bercuti bersama Miera dan anak mereka Rachel Aisyah di Vienna, Austria pada Disember lalu berdasarkan beberapa foto dikongsi pelakon berkenaan.

Sementara itu, Izzah mengakui terpaksa berkongsi kisah peribadi secara terbuka kerana tidak tahan dengan sikap bapanya dengan mendakwa dipenuhi dengan pelbagai alasan.

Tambah Izzah, dia hanya mahukan keadilan berpihak kepada ibunya yang telah melalui banyak episod ‘penderitaan’ disebabkan oleh bapanya.

Bapa tak adil terhadap ibu

Berdasarkan laporan Malaysiakini semalam, peguam syarie kepada Adibah iaitu Khairul Anwar Rahmat berkata, dia berharap Rosland bersedia dengan tuntutan yang akan dikemukakan.

“Roslan tak menjaga hati isteri pertamanya apabila tak memberikan nafkah, selain menyekat panggilan telefon dan aplikasi teks pesanan ringkasnya.
“Ini adalah satu penderaan mental yang berpanjangan, ditambah pula dia juga sudah lama tak pulang ke rumah Adibah.
“Perbuatan ini ibarat perkahwinan berusia lebih 20 tahun itu tak ada nilai. Orang lain juga berpoligami tapi jangan burukkan nama agama,” kata Khairul Anwar ketika ditemui di Mahkamah Syariah Putrajaya.

Sumber: Twitter @izzahrosland, Instagram Miera LeyanaMalaysiakini (Nadia Azam)

PERHATIAN: Pihak kami  tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami  juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Posting Komentar untuk "Kahwin dua, pergi bercuti boleh.. tapi bayar nafkah tak reti – Anak tiri Miera Leyana"