“Garam Memang berniat sihir..?.. Tak sangka Kakak Abam Bocey Bongkar Perkara Sebenar, Ini Kata2 yg sudah lama terpendam..
Garam Memang berniat sihir..?.. Tak sangka Kakak Abam Bocey Bongkar Perkara Sebenar, Ini Kata2 yg sudah lama terpendam..
Kuala Lumpur : Pelawak, Ali Puteh akan menjelaskan bayaran RM60,000 kepada balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali atau Hidayah yang ditetapkan mahkamah sebelum ini secara ansuran.
Ali ketika dihubungi berkata, proses pembayaran itu masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.
“Saya sudah memberitahu peguam bahawa saya bersetuju membuat bayaran ansuran kepada balu arwah dengan duit saya sendiri.
“Peguam saya juga sudah menghantar surat mengenai perkara itu kepada peguam balu arwah tetapi pihak mereka masih belum memberi maklum balas berkaitan bayaran ansuran itu,” katanya kepada Harian Metro.
Ali berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai hantaran video di Instagram Hidayah yang memintanya mempercepatkan bayaran RM60,000 seperti diperintahkan mahkamah sebelum ini.
Pada 18 Februari tahun lalu, Mahkamah Sesyen memerintahkan Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan dan tiga ahli keluarganya membayar RM60,000 kepada Hidayah kerana mengeluarkan kata-kata mengaibkan wanita itu di Instagram, dua tahun lalu.
Sementara itu, ditanya mengenai kunci rumah Abam seperti diminta Hidayah, Ali berkata, dia tidak boleh menyerahkannya kepada Hidayah kerana rumah itu masih dalam kes tuntutan faraid.
“Hidayah yang menguruskan tuntutan faraid membabitkan pembahagian harta arwah dan ia masih belum selesai,” katanya.
Dalam pada itu, Ali turut menafikan dakwaan Hidayah mengatakan keadaan rumah itu terbiar.
Menurut Ali, rumah itu kini dijaga oleh adiknya yang tinggal sementara di situ sehingga kes tuntutan faraid selesai.
“Saya kesal bila dia membuat hantaran video dan memburukkan nama saya dan keluarga. Sudah tiga tahun arwah Abam meninggal dunia dan baru sekarang dia datang nak tengok keadaan rumah?” katanya.
Ali berkata, dia juga tidak diberitahu mengenai kedatangan Hidayah ke rumah itu.
“Dia datang ke rumah Abam dengan dua kereta bersama peguam secara mengejut dan tidak memaklumkan perkara itu kepada saya mahupun peguam.
“Rumah tidak berkunci pun dan dia datang pada hari kami keluar bekerja dan mendakwa kami tidak melayannya?
Sedangkan rumah kakak saya hanya di belakang rumah itu,” katanya yang berharap penjelasan ini dapat membersihkan namanya dan keluarga.
Terdahulu, Hidayah dalam satu hantaran video di Instagram meminta Ali menyegerakan bayaran RM60,000 itu. s
Dalam video sama, Hidayah turut memaklumkan dia kecewa kerana kehadirannya bersama peguam ke rumah itu seolah-olah tidak dilayan.
“Sudah lama terpendam..” Kakak Abam Bocey Bongkar Perkara Sebenar, Nama Kakak Sharifah Tidak Pernah Didengar Tampil Luahkan Ini
Posting Komentar untuk "“Garam Memang berniat sihir..?.. Tak sangka Kakak Abam Bocey Bongkar Perkara Sebenar, Ini Kata2 yg sudah lama terpendam.."